Melangkau ke kandungan ↓

Sejarah UWC dan Idea Penubuhannya

Dalam dunia abad ke-21 yang mencabar, tujuan dan objektif UWC adalah bersesuaian dengan masa kini seperti tahun 1962 – mungkin lebih daripada itu.

UWC ditubuhkan pada 1962 apabila Kolej Atlantic di South Wales, UK mendaftar masuk pelajar-pelajar pertama mereka. Pada ketika Perang Dingin sedang berada di kemuncaknya, tujuan UWC ini adalah untuk membawa anak-anak muda bersama daripada serata pelosok dunia untuk menjadi juara pembawa keamanan melalui pendidikan yang berasaskan perkongsian dalam pelajaran, kerjasama dan persefahaman.

Konsep pendidikan UWC adalah berdasarkan idea seorang pendidik German yang bernama Kurt Hahn, beliau merupakan salah seorang bapa penubuhan gerakan UWC ini. Menurut Hanh, beliau percaya bahawa institusi pendidikan perlulah menjadi platform persediaan dalam kehidupan, bukan untuk melayakkan diri ke universiti semata-mata, dan pendidikan perlulah membantu para pelajar untuk membina keupayaan dalam memperbetulkan keadaan dan keupayaan untuk merasai kegagalan di samping kejayaan.

Pengasasan gerakan UWC pada tahun 1962 adalah daripada penerapan pendapat Hanh tentang pendidikan. Hanh merupakan insan pertama yang memulakan pendidikan. Antara inisiatif terawal beliau adalah pembukaan Salem School di Germany dan Outward Bound. Seterusnya, pada 1958, semasa beliau sedang menghadiri sebuah persidangan yang diadakan di NATO Staff College, beliau mendapat inspirasi bagi idea ini apabila beliau menyaksikan kerjasama daripada bekas-bekas musuh semasa Perang Dunia ke-2. Beliau percaya bahawa jika kita boleh mendidik anak-anak muda seantero dunia bersama-sama, kita boleh mengelakkan pelbagai konflik yang mendatang pada masa hadapan. Daripada kepercayaan inilah di mana pendidikan berkuasa untuk merubah dunia, gerakan UWC diasaskan, dengan misi untuk menjadikan pendidikan sebagai daya usaha untuk menyatukan penduduk dunia, Negara dan adat serta budaya ke arah masa depan yang aman dan lebih baik.

Sejak daripada itu, UWC terus-menerus komited menyediakan pengalaman pembelajaran yang mencabar dan transformasi pembelajaran kepada para pelajar untuk memimpin mereka menjadi agen perubahan positif, serta mencipta masa depan yang lebih baik dan aman daripada sebelumnya.

Page 1

Rangka Masa

UWC Hari Ini

18


17 buah sekolah dan kolej

150


Kami diwakili oleh jawatankuasa kebangsaan di lebih daripada 150 buah negara

60,000


Lebih daripada 60,000 pelajar dari lebih daripada 180 buah negara telah belajar di UWC atau menghadiri kursus singkat kami.